MAKLUMAN PEMBUKAAN SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG) BAGI TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa, Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG I) bagi Konvokesyen Ke-21 Universiti Malaysia Sabah akan dibuka seperti ketetapan berikut:

Prasiswazah – 17 Disember 2020 (Khamis)
Pascasiswazah – 24 Disember 2020 (Khamis)

Bagi memudahkan para bakal graduan untuk lebih memahami cara pengisian SKPG I dengan cara yang betul dan memahami definisi bekerja yang sebenar. Pusat Kerjaya dan Alumni telah menyediakan Tatacara Pengisian Sistem Kajian Pegesanan Graduan (SKPG), video yang berkaitan dengan SKPG dan definisi bekerja serta Poster perhubungan sekiranya mempunyai masalah semasa pengisian sistem.

memohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan semua bahan-bahan tersebut melalui Laman Sosial, Laman Sesawang dan Whatsapp Rasmi Jabatan, Fakulti, Institut dan Bahagian (JFPIB) agar mendapat perhatian semua bakal graduan di setiap fakulti.

Leave a Reply