20 Mac 2023 (Isnin) – Seramai 18 orang pensyarah Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Bengkel Pemutihan Table 4 bagi program-program FKI (Kluster Teknologi Maklumat) di Hotel Lazenda, Wilayah Persekutuan Labuan.
Bengkel yang bermula pukul 8.30 pagi itu dimulakan dengan taklimat daripada Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr. Chin Kim On secara dalam talian.
Manakala Dekan FKI, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi Ahmad Hijazi turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta bengkel.
Ketua Program Teknologi Multimedia, Dr. Wan Nooraishya Wan Ahmad dan Ketua Program Komputeran Perniagaan, Dr. Nooralisa Mohd Tuah bertindak sebagai moderator bengkel yang berakhir pukul 5 petang itu.
Pada bengkel tersebut, pensyarah membincangkan pemurnian Table 4, semakan Table 4 oleh Ketua Program dan Juruaudit, penghantaran kompilasi Table 4 dan pembentangan hasil kompilasi Table 4.
Semoga bengkel sehari itu memberi manfaat kepada pensyarah dan mahasiswa FKI.
Terus Berbakti.
Kredit Foto dan Berita: Azri Onn Othman
https://www.facebook.com/azrionn.othman/posts/pfbid024ajAdQq6gn8mJr3ocBesJ542ufALNAyYr9TdoZD2euG8iRwz21J6xaGSrTBQ5h6rl