BENGKEL PENGHASILAN PATEN – FAKULTI KMPUTERAN DAN INFORMATIK
22 Mac 2023 (Rabu) – Seramai 14 orang pensyarah Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah telah menghadiri Bengkel Penghasilan Paten yang diadakan di Bilik Mesyuarat FKI, KK. Manakala 14 orang pensyarah FKI pula hadir secara dalam talian. Puan Molly Donna Awang Sham, Timbalan Pendaftar FKI dan Puan Aqilah binti Afendy, Pegawai Tadbir dari Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) juga turut hadir dalam bengkel tersebut.
Bengkel yang bermula pukul 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan dan taklimat daripada Dekan FKI, Prof Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi Ahmad Hijazi. Kemudian bengkel dikendalikan oleh penceramah, Puan Rosniza Othman, Pegawai Pemeriksa Paten dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).
Bengkel ini dianjurkan bersama-sama Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP).Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepentingan perlindungan serta potensi pemfailan paten untuk ciptaan berasaskan perisian, laman web dan aplikasi komputer serta aplikasi mudah alih.
Puan Rosniza Othman memberi taklimatnya mengenai kedah dan keperluan paten bagi bidang IT & CS.
21 tajuk harta intelek juga telah dibentangkan dari hasil penyelidikan yang berpotensi dipatenkan dan dikomersialkan.
Semoga bengkel yang diadakan memberi manfaat kepada pensyarah dan kakitangan. Syabas FKI.
#bersamakemudimimpi #kitafki #leadingtowardsinnovativesocieties




