
Fakulti Komputeran dan Informatik telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF). Wakil UMS dan FKI terdiri daripada Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor (Naib Canselor UMS), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi bin Ahmad Hijazi (Dekan FKI), Prof. Madya Ts. Dr. Chin Kim On (Timb. Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Ts. Dr. Samsul Ariffin bin Abdul Karim (Timb. Dekan Penyelidikan & Inovasi). Kunjungan hormat tersebut telah disambut baik oleh Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq bin Idris. Kunjungan tersebut adalah bagi mengadakan perbincangan kerjasama akademik di antara Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS dan University College Sabah Foundation (UCSF).