Majlis Penyerahan Dokumen Hala Tuju Pelan Strategik Fakulti Komputeran dan Informatik 2026-2030

Majlis Penyerahan Dokumen Hala Tuju Pelan Strategik Fakulti Komputeran dan Informatik 2026-2030 telah berlangsung dengan meriah pada 15 April 2026, bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dokumen penting ini diserahkan kepada Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur, oleh Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Prof. Padya Ts. Dr. Moh Hanafi Ahmad Hijazi.

Majlis yang penuh makna ini turut dihadiri oleh Pendaftar UMS, En. Luqman Ridha Anwar, dan Penolong Naib Canselor Strategik UMS, Dr. Mohammad Saffree bin Jeffree. Dokumen ini merupakan hala tuju pertama yang dihasilkan oleh FKI untuk tempoh jangka panjang, menandakan langkah strategik bagi memacu perkembangan dan inovasi dalam bidang komputeran dan informatik di universiti.

Dengan penyerahan dokumen ini, FKI berkomitmen untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan terus memberikan sumbangan yang signifikan kepada masyarakat dan negara.

Related News