Client Charter
Our commitment
AKADEMIK
PELAJAR:
1.Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan industri bagi semua program
2.Pelaksanaan 100% kursus SULAM bagi semua program
3.Meningkatkan penggunaan 100% e-learning dengan mengembangkan 8 sumber Pendidikan terbuka dan 1 kursus secara besar-besaran atas talian
KAKITANGAN AKADEMIK:
1.Menjalankan 4 latihan merancang dan melaksanakan kurukulum sedia pasaran
2.50% penyertaan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaranserta penyampaian dan latihan penilaian
PENGANTARABANGSAAN
1.Melaksanakan 2 kursus untuk mobiliti pelajar antarabnagsa
2.Menghantar 10 pelajar untuk mobiliti keluar antarabangsa
PENTADBIRAN & KEWANGAN
1.Memastikan 80% kakitangan Fakulti mencapai mata minimum IDP pada tahun semasa.
2.Memastikan bayaran pembekal diproses di peringkat Fakulti maksimum tujuh (7) hari bekerja.
3.Memproses maklum balas pelanggan dalam tempoh 7 hari
PENYELIDIKAN & INOVASI
- Melaksana, membantu dan menjadi pemudahcara bagi aktiviti penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan yang berkualiti tinggi.
- Memastikan rekod-rekod penyelidikan dan penerbitan dikemaskini dalam pangkalan data SMPPI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diterima.
- Memberi maklumbalas bagi pertanyaan berkaitan penyelidikan, penerbitan dan persidangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
PASCASISWAZAH
- Melaksana, membantu dan menjadi pemudahcara bagi aktiviti-aktiviti berkaitan pascasiswazah.
- Memastikan permohonan berkaitan pertukaran mod pendaftaran, bahasa penulisan tesis dan tajuk tesis akan diproses pada peringkat fakulti dalam tempoh maksima sebulan selepas permohonan lengkap diterima
- Memastikan permohonan berkaitan penangguhan pengajian akan dimajukan kepada Pusat Pengajian Pascasiswazah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan permohonan berkaitan pelanjutan tempoh pengajian akan diproses pada peringkat fakulti dalam tempoh maksima sebulan selepas permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan pertukaran program/bidang pengajian pada peringkat fakulti dalam tempoh maksima sebulan daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Memproses permohonan notis penyerahan tesis pada peringkat fakulti dalam tempoh maksima sebulan selepas penerimaan permohonan yang lengkap.
- Memproses dan mengesahkan keputusan peperiksaan semester pada peringkat fakulti dalam tempoh 5 minggu selepas hari terakhir minggu peperiksaan.
HEP & JARINGAN INDUSTRI
1.Memastikan minimum dua aktiviti rasmi Persatuan Mahasiswapada tahun semasa.
2.Memastikan aktiviti inovasi & kuiz Kesihatan di kalanganpelajar FPSK dijalankan minimum sekali setahun.
3.Memastikan Alumni FPSK (PALM-FPSK) menganjur sekurang-kurang satu aktiviti seperti project “Medical Outreach".
JARINGAN MASYARAKAT
1.Community Outreach (Desa) dua kali setahun.
2.Community Outreach (Sekolah) dua kali setahun.
SAINS
1.Memastikan pemeriksaan aset dan inventori peralatan sains/makmal dilaksanakan minimum sekali dalam setahun.
2.Memastikan latihan keselamatan / fire drill/ pengungsian bangunan dijalankan sekali dalam setahun.