KOTA KINABALU, SABAH – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan bangganya mencatatkan pencapaian cemerlang dalam THE Sustainability Impact Ratings 2026 menerusi usaha dan komitmen berterusan dalam menyokong Sustainable Development Goals (SDGs).
Pencapaian ini mencerminkan dedikasi seluruh warga FKI dalam memacu inovasi teknologi yang berimpak positif, mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.
FKI merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan berterusan daripada seluruh warga UMS, pensyarah, pelajar serta rakan industri dalam menjayakan usaha ke arah pembangunan yang lebih mampan.
FKI UMS akan terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh komitmen terhadap kelestarian serta menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan melalui inovasi dan teknologi.