KOTA KINABALU, SABAH – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang pakarnya, Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi dan Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred, atas pengiktirafan dalam senarai World’s Top 2% Scientists 2026.

Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi telah diiktiraf dalam kategori Career-Long Data dan Single-Year Data, manakala Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred menerima pengiktirafan dalam kategori Career-Long Data.

Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan dan pencapaian dalam bidang akademik serta penyelidikan, di samping memperkukuh keterlihatan dan reputasi penyelidikan FKI UMS di peringkat antarabangsa.

FKI UMS berharap agar pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti, khususnya para akademik dan penyelidik, untuk terus mempergiat usaha penyelidikan, menghasilkan inovasi serta menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan di peringkat kebangsaan dan global.

Sekalung tahniah kepada Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi dan Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan FKI UMS.

Article Search

Latest Articles