KOTA KINABALU, Sabah — Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Wan Hairulazmy bin Ag Ibrahim atas kejayaan meraih tempat pertama bagi kategori Highest Adoption dalam August Contest – Gemini Notebook Enterprise bagi bulan Ogos.
Kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan apabila beliau merekodkan sebanyak 668 adoption, sekali gus memperlihatkan komitmen dan usaha berterusan dalam memanfaatkan teknologi digital bagi menyokong aspek pembelajaran, produktiviti dan inovasi.
Pencapaian ini turut mencerminkan usaha warga FKI dalam menggalakkan penggunaan teknologi dan platform digital secara optimum bagi memperkasa ekosistem akademik serta meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan tugasan dan aktiviti harian.
FKI mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada warga UMS untuk terus meneroka dan memanfaatkan teknologi digital dalam memperluas potensi serta mencipta peluang baharu.
“Same Tools, Bigger Possibilities!”
Tahniah dan teruskan kecemerlangan