KOTA KINABALU, Sabah — Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi bin Ahmad Hijazi atas pelanjutan pelantikan beliau sebagai Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berkuat kuasa mulai 17 September 2026.
Pelanjutan pelantikan ini mencerminkan kesinambungan kepimpinan dalam menerajui FKI serta memperkukuh usaha fakulti dalam memperkasakan kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan pendigitalan.
Seluruh warga FKI merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan dalam memacu pembangunan fakulti. Semoga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi bin Ahmad Hijazi terus diberikan kekuatan, kelapangan serta kejayaan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Dekan.
Semoga kepimpinan beliau terus membawa FKI ke arah kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi serta transformasi digital yang berimpak dan berdaya saing.
Tahniah dan selamat meneruskan kepimpinan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi bin Ahmad Hijazi.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)