KOTA KINABALU, 23 OKTOBER 2026 – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Penanaman Pokok Sinergi Hijau@UMS 2026 pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di kawasan lapang di lereng bukit berhampiran foyer Blok B, Bangunan FKJ.
Program ini melibatkan aktiviti penanaman anak pokok buah-buahan sebagai salah satu inisiatif bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok UMS, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan amalan pembangunan lestari dalam kalangan warga universiti.
Pelaksanaan program ini turut menyokong Key Result Area (KRA) 9: Kampus Hijau (Green Campus), yang memberi penekanan terhadap usaha mewujudkan persekitaran kampus yang lebih hijau, mampan dan mesra alam. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kawasan hijau serta menyumbang kepada aspirasi universiti dalam merealisasikan persekitaran kampus rendah karbon.
Melalui pelaksanaan program seumpama ini, FKI UMS berharap agar budaya pemeliharaan alam sekitar dan tanggungjawab bersama terhadap kelestarian dapat terus diperkukuh. Usaha ini mencerminkan komitmen fakulti dalam menyokong agenda kelestarian universiti serta pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG).
Program ini menyokong SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim (Climate Action) dan SDG 15: Kehidupan di Darat (Life on Land), khususnya melalui usaha menghijaukan kawasan kampus, menyokong pemeliharaan biodiversiti dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ekosistem daratan.



